Showing posts with label leukemia. Show all posts
Showing posts with label leukemia. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

Petikan Laporan Berita Harian - Sel Stem


“Melayu kurang simpan sel stem”
“Mereka masih agak was-was mengenai perkhidmatan ini dan lebih suka basuh, tanam uri dan tali pusat selepas bayi dilahirkan.”


Assalamualaikum WBK,
Salam Sejahtera kepada rakan-rakan saya sekelian, ibu-bapa, bakal ibu-bapa, pengunjung dan pembaca blog ini. Kali ini Saya hanya menolong menyebarkan laporan wartawan akhbar Berita Harian yang dilaporkan baru-baru ini, sekiranya ada yang terlepas peluang membaca.

“Orang ramai terutama ibu bapa perlu membuang jauh-jauh sangkaan anak mereka tidak akan diserang penyakit bahaya seperti leukemia dan beranggapan mereka akan sihat sepanjang hayat. Jangan berbicara mengenai barah, bagaimana dengan penyakit kronik lain yang sering kelihatan menyerang kanak-kanak seperti celebral palsy atau talasemia?

“Ia tidak bermakna kita meminta anak mendapat penyakit tetapi jika itu berlaku, kita sudah bersedia menghadapinya. Jadi, tiada ruginya menyimpan darah tali pusat kerana besar manfaatnya kepada anak itu sendiri atau mungkin juga kepada adik beradiknya.

“Kemajuan pesat dalam bidang perubatan sudah menunjukkan kajian potensi bagi merawat penyakit seperti cerebral palsy dan diabetes type I dan sudah membuktikan penyakit seperti leukemia, talasemia serta anemia berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat,” tegas Pengarah Eksekutif Syarikat Bank Darah Tali Pusat Pertama, Prof Dr Aw Tar Choon.

Bagi tujuan itu, amat penting ibu bapa mendapatkan penerangan sejelas-jelasnya mengenai prosedur pengambilan dan penyimpanan darah tali pusat yang dijamin tidak menyakitkan, jauh sekali membahayakan ibu dan bayi.

Syarikat yang ditemubual adalah syarikat perbankan darah tali pusat pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2001. Ia juga syarikat swasta yang pertama menyediakan sel stem daripada darah tali pusat untuk pemindahan tulang sum-sum bagi tujuan rawatan leukemia pediatrik dan syarikat swasta yang pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan Institusi penyelidikan untuk mengkaji sel stem dewasa dari saluran darah untuk kegunaan dalam rawatan masalah berkaitan darah, sakit jantung, ulser kaki dan kecederaan serta trauma bersukan.

Syarikat Kami kini, katanya mempunyai lebih dari 30,000 pelanggan rakyat tempatan dan 10 peratus daripada jumlah itu ialah orang Islam.

“Saya sedar kebanyakan orang Melayu masih agak was-was mengenai perkara ini. Kebanyakan mereka membasuh dan menanam uri serta tali pusat selepas bayi dilahirkan. Namun kesedaran di kalangan mereka mengenai kebaikan menyimpan darah tali pusat semakin tinggi dan semakin ramai orang Melayu menggunakan khidmat kami termasuk golongan selebriti.

“Malah di Emiriah Arab Bersatu, bank darah tali pusat sudah ditubuhkan beberapa tahun lalu di Sharjah atas pembiayaan kerajaan,” katanya. Beliau juga berkata, orang Melayu perlu lebih prihatin mengenai perkara itu kerana kesukaran mendapatkan penderma bersesuaian jika berdepan masalah kesihatan

“Orang Cina misalnya boleh mencari penderma bersesuaian di Taiwan atau Amerika Syarikat tetapi orang Melayu sukar berbuat demikian. Sumber mereka agak terhad. Jadi, lebih baik bagi mereka membuat persediaan awal dengan menyimpan darah tali pusat.

“Malah dengan berlakunya perkahwinan campur dalam masyarakat kita, sewajarnya penyimpanan darah tali pusat perlu diberi pertimbangan serius,” katanya.

Prof Aw berkata, banyak faedah menyimpan darah tali pusat berbanding mengambil sel stem pada peringkat dewasa kerana selain selamat dan tidak menyakitkan, ia bebas daripada sebarang penyakit seperti Sistem Pernafasan Yang Teruk (SARS) atau influenza manakala risiko penolakan juga rendah.

“Orang dewasa yang tidak berkesempatan menyimpan darah tali pusat masih boleh menjalani kaedah pengambilan sel stem tetapi prosesnya panjang dan kosnya lebih tinggi.
“Jadi, untuk apa kita membazirkan wang jika kaedah penyimpanan darah tali pusat tersedia pada kos jauh lebih murah, kaedah pengambilan yang langsung tidak menyakitkan dan dijamin selamat.

“Jangan mensia-siakan kepesatan teknologi perubatan dengan mengambil ringan kepentingan menyimpan darah tali pusat. Jika tidak kerana anak sendiri, fikirkan apa ia boleh buat kepada orang lain.

“Bagi saya itu juga satu bentuk sumbangan kepada masyarakat. Kajian awal ke atas sel stem dewasa menunjukkan ia sudah hampir sampai ke peringkat mampu merawat penyakit hati dan kardiovaskular. Saintis masih berusaha keras menjalankan kajian lanjut sebelum boleh mengumumkan kejayaan mereka.

“Namun seperti saya tegaskan tadi, proses dahulu kala pengambilan sel stem dari tulang sum-sum adalah proses menyakitkan dan mahal. Darah tali pusat juga terbukti dapat memberi kesan sama dengan sel stem tulang sum-sum dalam merawat banyak penyakit berkaitan system darah kanak-kanak. Jadi, saya tidak nampak sebab untuk kita memandang remeh perkara ini,” katanya.


Syabas BH. Saya berharap pihak media akan sentiasa melaporkan perkembangan terkini dalam bidang sel stem yang rancak dipraktikkan di seluruh dunia.

Sekian buat masa ini.. Wslm.

Saturday, June 13, 2009

Sel Stem: Pengunaan - 1 dalam 200

Maklumat dari laman web www.parentsguidecordblood.org.…….
....Sel Stem Darah Tali Pusat Berupaya Menyelamatkan Nyawa….
….1 dalam 200 mungkin mengunakan Sel Stem Sendiri................

Assalamualaikum WBK,

Salam Sejahtera kepada rakan-rakan saya sekelian, ibu-bapa, bakal ibu-bapa, pengunjung dan pembaca blog ini.

Kali ini Saya ingin terjemahkan dan mengulas maklumat yang boleh didapati dalam laman web www.parentsguidecordblood.org.


Pertubuhan Parents Guide to Cord Blood adalah organisasi yang ditubuhkan bagi tujuan amal dan bukan untuk mencari keuntungan. Ia satu-satunya organisasi di Amerika Syarikat yang menerbitkan maklumat dari kedua-dua jenis bank, iaitu, bank darah tali pusat swasta dan bank kegunaan masyarakat umum. Semenjak tahun 1988 lagi, laman web organisasi ini telah menyediakan maklumat perubatan yang tepat bagi ibu-bapa dalam perihal perbankan/simpanan darah tali pusat.

Pengasasnya Doktor Frances Verter, adalah seorang ibu yang telah kehilangan anak kesayanganya kerana penyakit barah. Beliau juga seorang pakar sains, penyelidik, serta penulis dalam bidang simpanan sel stem darah tali pusat. Pertubuhan ini telah didedikasikan untuk anak kesayanganya.

Misi utama pertubuhan adalah dalam mengajar ibu-bapa dan memberikan maklumat tepat dalam bidang penyelidikan perubatan darah tali pusat, serta menjelaskan jenis-jenis simpanan darah tali pusat yang sedia ada.

Misi keduanya adalah dalam menjalankan serta menulis tentang analisis statistik dan data penyelidikan perubatan, serta perkembangan polisi yang mungkin membawa kepada peningkatan kegunaan darah tali pusat.

“Darah dalam tali pusat bayi berkemampuan untuk menyelamatkan nyawa. Apabila memilih untuk menyimpan darah tali pusat, ibu-bapa sebenarnya membekalkan potensi untuk menolong anak mereka, ahli keluarga, malah orang yang tidak dikenali. Beberapa daerah di Amerika Syarikat telah mengubalkan undang-undang dimana bakal ibu-bapa mesti diberi maklumat mengenai simpanan darah tali pusat.”

Definasi darah tali pusat adalah, darah yang diambil dari tali pusat selepas bayi dilahirkan. Dahulunya, bahan tingalan ini sering dibuang sebagai sisa buangan perubatan. Darah tali pusat mengandungi sejenis sel stem (sel ibu atau sel induk) yang mampu dibekukan untuk kegunaan masa hadapan bagi rawatan perubatan, seperti dalam rawatan transplantasi/pemindahan sel stem dan perubatan regenerasi.

Tali pusat dan uri adalah sumber yang kaya dengan sel stem. Ia berbeza dari sel stem embrio yang bermula dari telur yang telah dipersenyawakan, atau pun mana-mana sel stem yang didapati dari kanak-kanak atau dewasa. Sel stem darah tali pusat akan matang menjadi darah, sistem sel immun, dan berkebolehan untuk berubah manjadi sel-sel jenis lain.

Proses pengambilan darah tali pusat tidak membahayakan atau menyakitkan ibu atau bayi. Darah akan diambil dari tali pusat selepas bayi dilahirkan dan selepas tali pusat telah dikepit dan dipotong. Sel stem darah tali pusat masih mampu berkesan walaupun disimpan pada suhu bilik selama dua hari. Tempuh masa ini adalah cukup untuk menghantarkanya kepada makmal di bandar atau daerah/negeri lain. Di makmal, sel akan diproses dan dikrio-bekukan untuk disimpan. Setelah dibekukan, sel stem mampu berkesan walaupun selepas disimpan berpuluhan tahun.

Kini, jumlah peratusan pesakit yang dirawat dengan kaedah transplantasi sel stem semakin meningkat. Pesakit-pesakit telah menerima darah tali pusat untuk merawat lebih dari 70 jenis penyakit. Tujuh puluh peratus (70%) pesakit yang memerlukan sel stem pembina sistem darah bagi transplantasi, tidak berjaya mendapatkan penderma sel stem yang sepadan, dari kalangan keluarga. Maka, pakar perubatan perlu berusaha untuk mencari penderma dari bank-bank simpanan sel stem masyarakat umum. Program penderma sum-sum kebangsaan (National Marrow Donor Program - www.marrow.org), didedikasikan untuk mendapatkan penderma sum-sum, atau darah tali pusat, dari seluruh dunia, untuk kegunaan pesakit di Amerika Syarikat. Jumlah penderma sum-sum tulang yang sepadan bagi pesakit berketurunan etnik minoriti amat kekurangan. Penderma darah tali pusat mampu menolong pesakit berketurunan etnik minoriti dan pesakit berketurunan etnik campuran. Ini adalah kerana sel darah tali pusat tidak perlu sepadan sepenuhnya dengan pesakit, manakala sel sum-sum tulang dewasa pula perlu sepadan sepenuhnya.

Penyelidik perubatan sedang berusaha untuk menemui rawatan baru dimana sel stem mampu menolong dalam rawatan/pemulihan badan sendiri, ini digelar perubatan regenerasi. Setakat ini, rawatan ini memerlukan sel stem pesakit sendiri dan bukanya sel stem dari penderma. Bagi kanak-kanak yang mempunyai simpanan sel stem sendiri, mereka berpotensi untuk mendapatkan bermacam jenis rawatan perubatan pada masa hadapan. Setakat ini, penyelidik perubatan sedang menjalankan percubaan klinikal bagi penyakit ’Cerebral Palsy’ dan ’Diabetes Type 1’, dengan mengunakan darah tali pusat sendiri pesakit kanak-kanak.

Bagi kebanyakan penyakit seperti penyakit barah dan penyakit genetik, dimana kanak-kanak perlu menerima transplantasi sel stem, mereka memerlukan sel stem penderma, bukanya sel stem sendiri. Bagi transplantasi pesakit dewasa pula, pesakit yang mengunakan sel stem sendiri, sama banyaknya seperti pesakit yang mengunakan sel stem penderma.

Setakat ini, kebarangkalian pesakit mengunakan sel stem pembina sistem darah, bagi mana-mana jenis tranplantasi, dianggarkan 1 dalam 1,700 sebelum sampai umur 20 tahun. Manakala, sebelum umur mencecah 70 tahun, anggaran kegunaanya adalah 1 dalam 200. Pada masa hadapan, jika menjadi kebiasaan, dimana darah tali pusat digunakan bagi perubatan regenerasi, maka tahap kegunaan sel stem diri sendiri akan meningkat.

Sekian buat masa ini.. Wslm.

Monday, May 11, 2009

Rawatan Sel Stem Penyakit Talasemia di Malaysia

Bolehkah Rawatan Sel Stem untuk Penyakit Talasemia didapati di Malaysia?

Berapakah Kos Rawatanya?

Jawapan Profesor Doktor Aw Tar Choon ........
..............Sudah ada di Malaysia................RM60,000+


Assalamualaikum WBK,

Salam Sejahtera kepada rakan-rakan saya sekelian, ibu-bapa, bakal ibu-bapa, pengunjung dan pembaca blog ini.

Kali ini Saya ingin menterjemahkan jawapan kepada soalan pembaca blog ini, daripada Profesor Doktor Aw Tar Choon, Profesor dan Doktor Pakar dalam bidang Perubatan Dalaman serta Pakar Patologi.


1. Transplantasi atau Rawatan mengunakan Sel Stem sum-sum tulang untuk penyakit Talasemia major telah dilakukan untuk kali pertama di dunia pada tahun 1981.

2. Kali Pertama Rawatan mengunakan Sel Stem sum-sum tulang di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Malaysia, adalah pada tahun 1987.

3. Kali Pertama Rawatan mengunakan Sel Stem Darah Tali Pusat di Thailand adalah pada tahun 1995.

4. Kali Pertama Rawatan mengunakan Sel Stem Darah Tali Pusat di Malaysia adalah pada tahun 1997.

5. Kini Rawatan ini boleh dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Besar Kuala Lumpur serta beberapa Hospital Swasta.

6. Empat (4) pelanggan StemLife Berhad telah berjaya mengunakkan Darah Tali Pusat dan lebih Seratus Lima Puloh (150+) pelanggan Dewasa kami telah mengunakkan Sel Stem Dewasa mereka.

7. Antara empat (4) pelanggan itu, dua (2) adalah untuk penyakit Lukemia dan dua (2) lagi untuk penyakit Talasemia. Rawatan Lukemia pertama pelanggan StemLife telah dilakukan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 2004 dan yang kedua pada tahun 2007 di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rawatan Talasemia pelanggan StemLife adalah pada tahun 2005 dan 2008 di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

8. Sepertimana dilapurkan dalam akhbar-akhbar tempatan bagi kes-kes yang tertentu, anggaran Kos untuk pesakit bayaran penuh di Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah RM60,000 dan di Hospital Swasta pula kosnya telah dilapurkan sekitar RM200,000.

Sekian buat masa ini......Wslm..WBK

Monday, March 30, 2009

Simpanan Sel Stem Darah Tali Pusat

Jawapan dari AABB......."Simpan Dalam Beg Bukan Vail" !!!!!


Assalamualaikum WBK,

Salam Sejahtera kepada rakan-rakan saya sekelian, ibu-bapa, bakal ibu-bapa, pengunjung dan pembaca blog ini. Kepada pembaca dari beberapa syarikat tertentu, janganlah cetak rompak atikel ini ya!

Kali ini Saya ingin menterjemahkan beberapa jawapan kepada soalan popular (FAQ) yang diterbitkan di laman web Persatuan Bank Darah Amerika (American Association of Blood Banks – AABB
www.aabb.org). Ini adalah hanya sebahagian dari soalan-soalan yang dijawab. Saya akan cuba menterjemahkan soalan-soalan yang lain jika masa mengizinkan, Insyallah.

Sebelum bermula, Saya ingin menyatakan perbezaan antara Keahlian AABB dan Akreditasi AABB. Semua yang ingin boleh membayar fi dan menjadi ahli AABB, tetapi tiada sesiapa di Malaysia yang mempunyai Akreditasi AABB. StemLife bukanya ahli dan tidak mempunyai Akreditasi AABB. Saya tidak sesekali pun inginkan adanya salah faham. Saya hanya menterjemahkan FAQ yang ada dalam laman web AABB. Petikan dibawah menyatakan betapa beratnya kesalahan mengunakkan logo AABB tanpa kebenaran.

”Only
cord blood banks with a current accreditation have permission to use the AABB logo, and AABB investigates reports of misrepresentation or fraudulent use once the misuse is brought to its attention.”


Apakah itu Sel Darah Tali Pusat?

Darah Tali Pusat (DTP), yang pada satu ketika dianggap sebagai sisa buangan, sekarang diterima sebagai sumber sel stem hematopoetik (sel permulaan hematopoetik). DTP serupa dengan sel stem hematopoetik yang boleh didapati dalam sum-sum tulang dan sistem saluran darah. Sel-sel ini boleh digunakan dalam transplantasi sel stem untuk menambahkuatkan sistem imun pesakit, sepertimana sum-sum tulang dan sel stem dari sistem saluran darah digunakan dalam transplantasi untuk merawat penyakit malignan seperti lukemia dan penyakit bukan malignan seperti kepincangan sistem imun dan anemia aplastik, dan penyakit kongenital seperti anemia sel sikle dan talasemia. DTP mengandungi bermacam jenis sel darah, tetapi, hanya sel stem hematopoetik (sel stem pembina darah) sahaja yang berguna dalam transplantasi. Kegunaan lain untuk sel stem DTP masih dalam fasa penyelidikan. Setiap sumber (samada sum-sum tulang, sistem saluran darah, atau DTP) ada kelebihan dan kekuranganya dalam transplantasi. Pesakit perlu berbincang dengan Pakar sel stem sebelum membuat pilihan tentang sumber sel stem paling sesuai yang sepadan dengan pesakit. Pilihan yang sesuai akan bergantung kepada opsen yang sediada dan keadaan pesakit.


What are umbilical cord blood cells?

Umbilical cord blood (UCB), once regarded as biological waste, has become an accepted source of hematopoietic stem cells/hematopoietic progenitor cells (HSCs/HPCs), similar to those found in bone marrow and peripheral blood. These cells can be used to replenish a patient’s immune system by providing stem cells for transplantation, just as bone marrow or peripheral blood stem cell transplants can be used to treat malignant diseases such as leukemia and non-malignant diseases such as immune deficiencies and severe aplastic anemia, and congenital disorders such as sickle cell anemia and thalassemia. UCB contains many types of blood cells but only the hematopoietic — or blood-making — stem cells in the UCB are currently useful for transplant. Other uses of UCB stem cells are currently undergoing research. Each source of HPCs (bone marrow, peripheral blood or cord blood) has advantages and disadvantages associated with its use in a transplant. Decisions about the most appropriate source of stem cells — which must be matched by tissue type to some degree with the recipient — must be made by each patient in consultation with his or her physician based on available options.


Bagaimana Darah Tali Pusat dikumpulkan?

Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusat akan dikepit dan dipotong. Jarum akan digunakan untuk menyalurkan darah dari saluran vena tali pusat kedalam beg derma darah. Oleh kerana proses ini dilakukan selepas kelahiran bayi, tiada risiko atau sakit dijangka kepada ibu atau bayi. Pengambilan darah boleh dilakukan samada sebelum atau selepas kelahiran uri. Tekniknya berbeza sedikit sesama doktor pakar. Beg DTP akan dilabel dan dihantar ke makmal untuk diproses, dibekukan dan disimpan. Jumlah darah yang diambil berbeza tetapi seringkali dari 50 hingga 200 ml (lebih kurang separuh sehingga secawan penuh).


How are cord blood cells collected?

After the delivery of a newborn, the umbilical cord is clamped and then cut. A needle is then used to draw the blood from the umbilical cord vein into a collection bag. Since this happens after delivery, there is no pain or risk to mother or infant. The collection may take place either before or after delivery of the placenta, and techniques vary slightly among physicians. The UCB product is labeled and shipped to the processing facility for processing, freezing and storage. The volume collected varies but usually ranges from 50 to 200 ml (about one-half to one cup).


Adakah Darah Tali Pusat patut disimpan dalam Beg atau Vail?

AABB menggalakkan inovasi dan penambahbaikan teknologi dan tidak mengesyorkan mana-mana teknik atau pembekal. Ini termasuk koleksi/pendermaan, pemprosesan dan simpanan DTP. Oleh kerana kebanyakkan DTP disalurkan ke dalam beg atau cara simpanan berlainan sebelum dihantar ke makmal untuk diproses, tiada sistem yang ”Tertutup” sepenuhnya. DTP yang didermakan juga besar kemungkinan tidak sterile (bersih dari kuman). Oleh itu, kebanyakan makmal pemprosesan beroperasi diantara sistem separuh-tertutup atau tertutup secara fungsi (termasuk pada masa pendermaan). Tiada definasi yang diterimapakai secara umum untuk mengambarkan proses yang tertutup sepenuhnya. Operasi pengambilan dan pemprosesan DTP secara teorinya mengambilkira bahawa lebih banyak kali DTP terdedah kepada luaran, lebih tinggilah peluang untuk DTP terdedah kepada kontaminasi secara tidak sengaja.

Perdebatan beg lawan vail agak kontroversi. Kerja-kerja awal dalam pemprosesan DTP dalam makmal penyelidikan termasuk pengunaan vail-krio. Vail kecil yang lebih kurang sais jari halus dewasa adalah tidak begitu mahal. DTP dibahagikan ke dalam beberapa vail yang kemudian diletakkan ke dalam kotak kecil untuk disimpan.

Pengamal-pengamal sistem vail ini berpendapat bahawa jika bidang sains simpanan sel stem dapat dimajukan kelak dimana hanya sedikit DTP sahaja diperlukan, maka keseluruhan simpanan DTP tidak perlu dicairkan. DTP secara umum hanya dapat dicairkan sekali sahaja tanpa kehilangan banyak sel stem hidup. Vail juga memerlukan kurang ruang simpanan oleh itu membolehkan lebih DTP disimpan dalam satu tanki simpanan. Sebaliknya, vail kecil lebih sukar untuk dilabel dengan kesemua maklumat yang diperlukan.

Beg simpanan khas untuk simpanan krio sudah direka. Beg ini lebih mahal dan memerluka ruang yang lebih dari vail. Satu kelebihan penggunaan Beg Krio adalah ia merupakan sistem yang lebih ”Tertutup” dan bukanya ”Terdedah” jadi mengurangkan risiko kontaminasi yang tidak sengaja. Satu lagi kelebihan sistem Beg Krio adalah ia membolehkan DTP yang disimpan dalam Beg disambungkan terus kepada sedikit sampel DTP yang disimpan asing dalam ”Tiub/Saluran Bersambung DTP” (Integral Segment). AABB memerlukan DTP disambungkan terus kepada sedikit sampel DTP yang disimpan dalam ”Integral Segment” supaya ujian lanjutan dapat dilakukan keatas sedikit sampel DTP itu. ”Integral Segment” dapat dibentuk apabila tiub/saluran yang bersambung kepada Beg yang mengandungi unit DTP dikepit supaya terbentuk ”Segment”. Sedikit DTP diasingkan tetapi masih bersambung dengan unit DTP asal. Ini dilakukan supaya ujian lanjutan dan konfirmasi keatas sampel DTP dapat dilakukan jika diperlukan.

Ini adalah penting kerana bank-bank sering menerima beberapa beg DTP sekali gus. Walaupun prosedur telah diadakan untuk menghalang dari berlakunya apa-apa pertukaran beg yang tidak diingini tanpa diketahui, malah persoalan dan keraguan mengenai tuan punya sebenar DTP itu masih wujud.

Dengan adanya ”Tiub Bersambung DTP” (Integral Segment) yang bersambung terus kepada beg DTP, atau sistem yang serupa denganya, maka ini meningkatkan lagi tahap jaminan bahawa sampel DTP yang diuji memang dari sumber DTP yang asal. Ujian perlu dilakukan sebelum DTP digunakkan untuk rawatan transplantasi. AABB memahami bahawa bank-bank akan memerlukan masa dan perbelanjaan kos tinggi untuk bertukar dari sistem Vail kepada Beg, jadi, AABB telah memberi tempoh masa kepada beberapa bank untuk berubah, iaitu sehingga 1 Januari 2007. Bilangan bank yang diberi tempoh masa tambahan ini hanya segelintir dan hanya kepada bank yang telah menunjukkan pelan program pertukaran sistem dari Vail kepada Beg.

Simpanan dalam sistem lain: Dengan adanya perubahan teknologi, sistem simpanan baru mungkin akan direka kelak yang memenuhi kehendak dan tujuan piawaian. Tujuan piawaian adalah untuk memastikan supaya sampel DTP yang perlu diuji memangnya diambil dari Beg DTP yang sama. Sistem-sistem baru ini perlu diselidik dan diuji samada ianya memenuhi tujuan dan keperluan yang ditetapi oleh Unit Program Piawaian Terapi Sel AABB.



Should cord blood be stored in bags or vials?

AABB encourages innovations and improvements in technology and does not endorse any one method or manufacturer over another. This includes encouraging improvements in the collection, processing and storage of UCB products. Since most products are collected into a bag or other container before transfer to a processing facility, no system is completely “closed.” Even the product (UCB) entering the container may not be sterile. Therefore, facilities operate on a spectrum of semi-closed or functionally closed processing (including collection) and there is no uniformly accepted definition or criteria to define such a system. The practice is based on the theoretical deduction that the number of entries or exposures to the environment that a product receives, the higher the chance for accidental contamination.
The bag versus vial storage debate is quite controversial. Early work with cord blood processing in research labs included the use of “cryovials.” These small vials are about the size of an adult pinky and are relatively inexpensive. The UCB product is divided among several vials, which are usually placed into small boxes for storage. Proponents of this storage container assert that if science ever advances to the point where only some of the product is needed, the entire UCB unit will not have to be thawed. Products can generally only be thawed once without losing a significant number of live stem cells. The vials also occupy relatively less storage space and, therefore, permit more products (patients) to be stored in the storage tank. On the other hand, the small vials may be more difficult to label with all of the required information.
Specially designed bags intended for cryostorage have also been developed. These bags cost more and may occupy a larger amount of freezer space than vials. One advantage of using bags is that they render a more “closed” rather than an “open” system, thereby reducing the risk of accidental contamination. Another advantage to the bag system is that it permits the unit to have integral segments of tubing. AABB requires that integral segments be attached to cord blood units for subsequent testing. Integral segments are created when the tubing leading from the storage container is sealed to provide little portions or “segments” of product, which can be used for subsequent or confirmatory testing of the product if needed.
This is important because banks sometimes receive several products at once, and while procedures are in place to prevent mix-ups, questions regarding identity may occur. The availability of attached segments or an equivalent system provides a higher level of assurance that the test sample material can be traced to the original product if needed for confirmatory or additional testing before the product is distributed for transplant. AABB recognizes the investment of resources required to switch from vials to bags and, therefore, has granted variances to a few facilities until Jan. 1, 2007, to give them time to implement the change. These variances were few in number and only granted to those that presented a plan for implementing the change.
Other containers: As technology evolves, other containers or processes may be developed which meet the intent of the Standards. The intent is to ensure that the sample for additional testing is from the product. Such methods would currently require review and approval by the AABB Cellular Therapy Standards Program Unit.

Sekian buat masa ini......Wslm..WBK

Friday, December 05, 2008

Sel Stem dan Statistik Transplantasi Darah Tali Pusat

Bolehkah Sel Stem Darah Tali Pusat Bayi Merawat Penyakit Thalassaemia Kakak/Abang?

Apakah Statistik Kegunaan Sel Stem Darah Tali Pusat?

Asalamualaikum,

Salam dan semoga Sihat Sejahtera.

Baru-baru ini Saya telah mendapat beberapa soalan mengenai kegunaan sel stem darah tali pusat bayi.

Untuk soalan pertama, pembaca perlu menjawab beberapa soalan. Adakah pesakit sedang berulang ke hospital untuk dirawat oleh pakar Thalassaemia? Jika tidak, mungkin keadaan mereka, setakat ini, belum memerlukan rawatan. Jika ya, pembaca perlu tekun menyoal dan menyaran pakar Thalassaemia supaya meneliti samada keadaan pesakit sudah menurun dan perlu dirawat dengan kaedah lain seperti sel stem?

Sel stem boleh didapati dari sum-sum tulang, tetapi tekniknya agak invasif. Cara yang lebih senang untuk mendapatkanya ialah dari darah tali pusat yang diambil semasa bayi dilahirkan. Kedua-dua sumber ini ada bezanya dari segi kematangan sel, kaedah penggunaan, risiko dan keberkesananya.

Sel stem darah tali pusat bayi, jika disimpan semasa bayi dilahirkan, memang besar potensinya untuk diggunakan. Tetapi, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Darah tali pusat mestilah mengandungi jumlah sel stem yang mencukupi, padanan HLA yang tinggi dan tidak berpenyakit.

Sel Stem dari bayi perlu sepadan (secara ujian darah HLA) dengan sel kakak atau abangnya. Jika separa sepadan atau sepadan sepenuhnya, memang ada potensi ianya digunakan untuk menolong merawat kakak atau abang. Sel stem juga perlu bebas dari Thalassaemia dan penyakit lain. Pakar Thalassaemia perlu memutuskan samada keadaan pesakit sudah kritikal dan memerlukan rawatan sel stem.

Proses pengambilan darah tali pusat perlu dilakukan semasa bayi dilahirkan. Sejurus selepas bayi dilahirkan, dan sebelum uri dilahirkan. Doktor di Hospital akan mengambil darah dari tali pusat. Prosesnya senang, seperti proses derma darah biasa. Ianya cepat dan tidak melukakan bayi atau ibu. Kami tidak mengambil tali pusat atau pun uri. Penggunaan sel stem darah tali pusat dalam perubatan boleh dilakukan tanpa keraguan kerana pihak JAKIM telah pun mengeluarkan Fatwa pada tahun 2002.

Kami akan membekukan dan menyimpan sel stem darah tali pusat ini untuk kegunaan bayi sendiri atau mungkin untuk kegunaan kakak atau abangnya dimasa hadapan.

Apabila Pakar Thalassaemia berpendapat rawatan susulan kakak/Abang memang diperlukan, dan sel stem dijangka boleh memberi kesan, pakar-pakar akan meminta supaya sel stem darah tali pusat yang disimpan dibawa ke hospital untuk digunakan.

Pesakit Thalassaemia juga mungkin boleh mendapatkan sel stem darah tali pusat dari pihak Bank Darah Kerajaan di Pusat Darah Negara, KL, http://www.pdn.moh.gov.my/.

Senangkah untuk mendapatkan sel stem ini?

Saya belum pernah melihat statistik di Malaysia yang boleh menolong untuk membuat anggaran tepat. Sel stem yang disimpan di PDN telah didermakan. Agak sukar untuk membuat anggaran samada sel stem, yang sepadan dengan pesakit, boleh didapati dengan senang di Bank Darah Kerajaan atau pun tidak.

Saya pernah membaca di akhbar New Straits Times, 14 Ogos 2006, yang melaporkan pada masa itu, terdapat 17 kanak-kanak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi terpaksa menunggu untuk mendapatkan sel stem dengan padanan yang sesuai. Wartawan juga melaporkan bahawa ada yang tidak dapat menunggu dan tidak dapat diselamatkan walaupun Pusat Darah Negara telah menyimpan lebih kurang 1,000 beg sel stem darah tali pusat.

Jumlah itu, dari segi statistik, terlalu rendah untuk membekalkan darah tali pusat bagi pesakit yang memerlukanya. Ada beberapa anggaran yang sering disebut di laman web-laman web bank darah tali pusat. Anggaran untuk mendapatkan sel stem, bukan dari keluarga sendiri, yang sepadan dengan pesakit adalah dalam lingkungan 1 dalam 20,000. Dengan statistik kebarangkalian padanan yang amat rendah ini, peluang 17 kanak-kanak itu kelihatan agak tipis. Alternatif lain perlu di usahakan. Sebab itulah, kita sering dapat membaca dalam akhbar-akhbar tempatan pesakit-pesakit merayu untuk mendapatkan dermaan sel stem. Sebab itulah juga mengapa ramai pelanggan kami menyimpan sel stem sendiri bagi kegunaan keluarga sendiri.

Pembaca juga boleh layari laman web Persatuan Transplantasi Malaysia http://www.mst.org.my/, dimana terdapat Senarai Transplantasi Kebangsaan. Laporan itu menunjukkan setakat tahun 2006, 1174 pesakit telah menggunakkan sel stem dimana 50 telah menggunakkan samada sel stem darah tali pusat sahaja ataupun dengan tambahan sel stem yang didapati dari sum-sum tulang.

Setakat ini Syarikat StemLife Berhad telah menyimpan sel stem darah tali pusat untuk lebih dari 23,000 pelanggan. Empat (4) pelanggan kami telah berjaya menggunakan sel stem darah tali pusat mereka samada untuk abang, kakak atau adik mereka dalam menolong merawat penyakit Leukaemia dan Thalassaemia. Satu (1) telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan tiga (3) di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Pembaca juga disyorkan untuk melayari laman web http://www.parentsguidecordblood.com/ dan http://www.apcbbc.org/ untuk mendapatkan statistik simpanan/kegunaan di seluruh dunia dan di rantau Asia Pasifik. Laman web yang kedua ada membentangkan jumlah simpanan ahli-ahli persatuan iaitu bank-bank sel stem darah tali pusat terkemuka di rantau Asia Pasifik yang pada masa ini dipengerusikan oleh Pengarah Urusan StemLife Berhad.

Saya harap telah dapat menjawab beberapa soalan anda. Jika jawapan yang lebih terperinci diperlukan, sila hantarkan nombor anda kepada info@stemlife.com dan kami boleh menghubungi anda untuk memberi maklumat yang lebih mendalam lagi.

Sekian buat masa ini......Wslm..WBK.......................

Monday, November 03, 2008

Bank Sel Stem sudah lama wujud dalam bidang perubatan!

Assalamualaikum WBK,

Salam Sejahtera kepada rakan-rakan saya sekelian, ibu-bapa, bakal ibu-bapa, pengunjung/pembaca blog ini.

Kebelakangan ini Menteri Kesihatan Malaysia Y.B. Dato’ Liow Tiong Lai telah melawat premis kami di Wisma Perintis untuk melihat sendiri operasi pengambilan sel stem dewasa StemLife serta untuk memahami dengan lebih mendalam lagi status penggunaan sel stem dewasa dalam bidang kepakaran penyakit jantung, barah darah, dan kecederaan sendi serta mendapat penjelasan mengenai projek-projek penyelidikan yang giat dijalankan di seluruh dunia.

Beliau telah menekankan komitmen Kerajaan dalam mengunakkan teknologi sel stem dalam bidang perubatan di Malaysia. Pada pendapat saya, ini adalah kerana fakta-fakta adalah jelas sekali tentang potensi sel stem dalam menolong pakar-pakar perubatan menangani beberapa penyakit yang setakat ini amat sukar ditangani. Ini sekaligus meningkatkan kebolehan pakar-pakar Negara supaya tidak ketinggalan zaman.

Seperti yang disiarkan akhbar-akhbar tempatan, Kerajaan menyokong bidang penyelidikan sel stem. Kabinet telah membuat peruntukkan lebih RM32juta untuk mengembangkan dan mengukuhkan aktiviti perbankan sel stem. RM5.86juta untuk memulakan makmal transplantasi sel stem di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). RM18.87juta untuk mengembangkan kemudahan simpanan sel stem darah tali pusat di Pusat Darah Negara dan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Kerajaan juga telah memperuntukan RM5.57juta untuk mengukuhkan perkhidmatan transplantasi sel stem dan sum-sum tulang di Hospital Ampang. Ini diharapkan akan meningkatkan jumlah simpanan beg sel stem darah tali pusat dan mengukuhkan tahap kemudahan perbankan kerajaan. Kami berharap pihak Kerajaan akan menyediakan peruntukan yang lebih dimasa akan datang supaya fasiliti dan kemudahan tempatan dapat bertanding diarena antarabangsa.

Ramai mungkin telah membaca akhbar-akhbar tempatan dan luar negara yang sering menerbitkan kes-kes rayuan pesakit untuk mencari penderma sel stem dan juga dermaan kewangan yang diperlukan dalam masa yang suntuk dan keadaan tertekan. Mengapakah ini boleh berlaku jika stok simpanan sel stem bank darah dalam dan luar negara mencukupi? Besar kemungkinan memang stoknya tidak mencukupi dan juga agak sukar bagi seorang pesakit untuk mendapatkan sel stem yang sepadan dengan sistem darah pesakit itu sendiri. Anggaran kebarangkalian mendapatkan penderma sel stem adalah satu (1) dalam dua puluh ribu (20,000) dan kebawah. Ini bermakna, jika saya memerlukan sel stem, terpaksalah saya mempelawa 20,000 rakan untuk diuji dan mungkin hanya 1 akan sepadan dan boleh menderma. Kemungkinan mendapatkan penderma bukanlah rendah sangat, tetapi, ia mungkin akan mengambil masa yang agak lama jika tiada simpanan sendiri. Ini seakan ”Sindrom Waiting List”.

Sepertimana kita boleh lihat dalam industri perubatan Malaysia, inisiatif swasta boleh dan perlu diusahakan seiring dengan inisiatif Kerajaan. Ini jelas dilihat dimana terdapat kewujudan Hospital Kerajaan dan Hospital Swasta, Doktor Kerajaan dan juga ramai lagi Doktor Swasta. Sudah terbukti di seluruh dunia kewujudan Bank Sel Stem Kerajaan/NGO boleh wujud seiring Bank Sel Stem Swasta malah beberapa bank Kerajaan/NGO dan Bank Swasta di UK telah berjaya berganding bahu untuk menawarkan perkhidmatan menyeluruh supaya warganegara dapat memilih perkhidmatan yang memenuhi kehendak mereka.

Bank Sel Stem darah tali pusat telah mula beroperasi di dunia mulai awal tahun ’90an. Bank-bank di Singapura, Taiwan, Korea, Jepun, Hong Kong sudah beroperasi lebih 10 tahun. Setakat ini terdapat anggaran 150 bank-bank darah tali pusat Kerajaan, NGO dan Swasta di dunia. Anda boleh layari laman web www.parentsguidecordblood.com untuk mendapatkan senarai bank-bank swasta dan Kerajaan/NGO. Negara-negara yang tidak membenarkan operasi bank sel stem swasta hanya segelintir sahaja. Kebanyakkan negara-negara besar di dunia seperti Amerika Syarikat, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Australia, New Zealand dan kebanyakkan Negara Asia membenarkan malah menyediakan polisi, akta-akta, garispanduan dan piawaian supaya bank-bank in dapat berkembang serta menyumbang kepada Ekonomi Negara sambil meningkatkan tahap penyelidikan sel stem di negara masing-masing.

Dalam Tanahair pula, apa status nya? Bank sel stem StemLife telah beroperasi semenjak tahun 2001. Kami telah dijemput oleh ’Multimedia Development Coorporation’(MDC) untuk membuka makmal simpanan kami di Cyberjaya dan diberi status MSC. Makmal kami mula beroperasi di Cyberjaya di bangunan MDC iaitu ’Center for Health Innovation & Medical Enterprises’ (CHIME) yang dirasmikan oleh YB Tun Perdana Menteri pada tahun 2002. Bank sel stem Kerajaan di Pusat Darah Negara juga telah dibuka disekitar tahun-tahun yang berdekatan. Kali pertama Sel Stem dewasa/sum-sum tulang telah digunakkan dalam perubatan di hospital Tanahair adalah pada tahun 1987. Sel Stem darah tali pusat pula mula digunakkan di hospital tempatan pada tahun 1997. Setakat tahun 2006, Registry Transplantasi Kebangsaan telah mencatatkan 1,174 kes kegunaan sel stem yang dilaporkan oleh hospital-hospital tempatan Kerajaan dan swasta.

Pada tahun 2006, StemLife telah berjaya disenaraikan di bursa saham BSKL dibawah MESDAQ dan disenaraikan sebagai Stok Syariah. Pada tahun itu juga Jawatankuasa Etika Penyelidikan dibawah naungan KKM dan MOSTI telah mengeluarkan ’Garispanduan Penyelidikan Sel Stem’. Garispanduan ini juga menyatakan hasrat Kerajaan untuk menyokong dan mengembangkan penyelidikan sel stem dalam Negara.

Setelah terbukti kejayaan StemLife, beberapa lagi bank swasta sel stem telah mula beroperasi termasuk pembekal sel stem haiwan. Ramai yang mula membuat kenyataan dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai keberkesanan produk mereka. Dalam usaha untuk menjaga kepentingan pengguna/pesakit, pada bulan Mac tahun 2008, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mula mengeluarkan lesen dibawah Akta PHFS 1998 lalu menghadkan operasi kepada 4 bank sel stem darah tali pusat sahaja. Bersamaan dengan itu juga, KKM telah menerbitkan ’Piawaian Kebangsaan - Bank Darah Tali Pusat dan Transplantasi’.

Laporan juga menyatakan bahawa pihak KKM sedang dalam proses menyediakan ’Garispanduan Penyelidikan dan Terapi Sel Stem’ serta ’Piawaian Kebangsaan - Terapi Sel Stem’.

Pada masa akan datang, kami berpendapat Terapi Sel Stem akan menjadi salah satu dari Tiga teras perubatan setanding dengan bidang famasi dan bidang pembedahan. Sejarah perkembangan Kedua-dua bidang ini telah berkurun/berabad lamanya. Sesuatu ubat/prosedur pembedahan selalunya mengambil masa 10 tahun keatas untuk diselidik dan disahkan/diluluskan kegunaan dan keberkesananya. Sejarah bidang Sel Stem Dewasa/Sum-sum Tulang sudah dekat 50 tahun manakala Sel Stem Darah Tali Pusat dekat 20 tahun. Ini adalah jankamasa yang amat singkat kalau dibandingkan dengan bidang famasi. Tetapi, keberkesananya telah diiktiraf di seluruh dunia. Sekurang-kurangya 100,000 pesakit setahun menggunakkan sel stem di seluruh dunia.

Adakah statistik ini memberangsangkan? Sudah tentu. Bagi saya, jika saya berhadapan dengan statistik sedih penyakit kanser darah seperti Lukimia, sudah tentu saya akan berusaha dan merayu supaya pakar-pakar tempatan mencuba teknologi sel stem terkini yang diamalkan di luar negara dan bukan hanya mengesyorkan teknologi yang sudah lama diamalkan. Sampai bila hendak ketinggalan 20 tahun?

Thursday, July 24, 2008

Irish Medicine Board Consults Professor Colin McGuckin on Cord Blood Stem Cells

NEWSFLASH: UMBILICAL CORD STEM CELL BAN MAY BE LIFTED

Since Prof. Colin visited us in April this year and shared with us the difficulty of convincing medical experts that cord blood stem cells provide a real alternative to bone marrow and are able to produce various cell lineages, I was most delighted to see that Irish Authorities are finally acknowledging that cord blood stem cells are useful and can be banked for their citizen's use (see previous entry on Cavan General Hospital).

Ireland has pretty high incidences of cancer, inline with the rest of the world, although the treatment of it may be restricted due to the available medical facilities and services offered to the patients. Ireland has one of the worst cancer survival incidences in Europe.

If you're wondering if cord blood stem cells really can be used in cancer treatment in adults, have a look at this article citing one of the world's most famous transplanters, Prof. Mary Laughlin who is the haematologist and oncologist at Case Comprehensive Cancer Center and University Hospitals of Cleveland Ireland Cancer Center.

Just in case the article is taken offline, the article is below:

=====================================================
By Fiachra O'Cionnaith

Friday July 18 2008

Official policy banning the retrieval of cord blood stem cells at Dublin's three main maternity hospitals could be set to come to an end under new Department of Health plans.

Since August 2005, official policy at the Rotunda, the Coombe and the National Maternity Hospital has meant that requests from new mothers for medics to retrieve stem cells from the umbilical cord have fallen on deaf ears.

But after confirmation from the Department of Health that it has met with international experts over the possibility of creating a public cord blood stem cell bank for medical and research purposes, the official policy ban may now be overruled.

Since the cord blood stem cell retrieval technology became a reality, a wide-ranging international debate has raged over the use of stem cells obtained in this way.

Those in favour of the medical technique say that cord blood stem cells significantly improve the chances of using the stem cells in question to help treat future medical conditions in the newborn baby or their relatives.

Ethical

But opponents have countered by pointing to ethical concerns over the use of cord blood stem cells and have added that there is not yet enough long-term research to support the claims made about the technique.

As a result of the increased profile of the cord blood stem cell retrieval -- which has been used in over 10,000 births, mainly in the US -- a rising number of Irish mothers have asked for the procedure when giving birth.

Until recently, they have been told the matter was against hospital policy at Dublin's three maternity hospitals, with a formal policy clarification signed by the Masters of the Rotunda, the Coombe, and the National Maternity Hospital in August 2005 noting: "There is insufficient scientific research to support the procedure of taking cord blood for stem cell retrieval. The three maternity hospitals do not support requests to take core blood for stem cell retrieval."

However, speaking to the Herald today, the head of the Irish Patients Association Stephen McMahon said that the Department of Health is now considering plans to potentially bring the policy to an end.

The Department of Health has confirmed that after consulting international experts on the matter it is now considering establishing a public bank for the storage of cord blood stem cells for medicinal and research purposes.

It is continuing to hold meetings with "relevant" interest groups on the matter.

Last week the Department, the HSE, the Irish Blood Transfusion Service and the Irish Medicines Board met with international expert Professor Colin McGuckin of the Institute of Human Genetics at the UK's Newcastle University to hear the benefits of freezing cord blood cells for future use.

The international expert said that the only major hurdle to the plans was the current financial restrictions in the health service.

- Fiachra O'Cionnaith

Wednesday, April 02, 2008

UK-Singapore Stem Cell Symposium I


Just to remind the world that the UK isn't behind in science (vis-a-vis the US), the British High Commission probably decided that this exhibition panel was important to remind everyone of the UK's key scientific achievements.

So, if you didn't already know or can't read the words in the picture, here's three that you might have confused as a US invention...

UK GREATS
1953: Discovery of structure of DNA
1978: Birth of first test-tube baby
1985: Discovery of hole in Ozone layer
1990: Invention of World Wide Web (bet you all thought this was from the US!)

Anyway, I mentioned in my last post that I'd tell you a bit about what I learned in the symposium. My apologies for the delayed write up.

The first lecture after lunch was by Professor Tariq Enver, Professor of Stem Cell Biology at Oxford and Director of Stem Cell Research at the MRC's Molecular Haematology Unit in the Weatherall Institute for Molecular Medicine.

Prof. Enver's talk was of interest to me for 2 reasons - inspiring content AND all the key ingredients of a good presentation:

1. Clinical relevance (patient's photos to inspire the right emotional context)
2. Clear introductory statistics for the uninitiated
3. Direct genetic implications of the research
4. A happy conclusion (very important)


WHAT IT WAS ABOUT

The story begins with the introduction of stem cells and their existence in babies' blood. The first question he posed to the audience was whether anyone knew what a "Guthrie card" was (when a baby is born, a small heel prick is performed to obtain the baby's blood, which is stained on a filter paper- known as a Guthrie card- and used to test for inborn metabolic diseases). Prof. Enver suggests that Guthrie cards can be kept for extended periods of time so that if a child is later found to develop certain types of leukemia, it would be possible to identify whether the indications of leukemia were there at birth.


WHY IS THIS IMPORTANT?

The reason why it is useful to know whether the leukemic cells are present at birth, is because if the cells are present at birth, doctors may choose to treat the patient with different medications as leukemic cells (which behave like stem cells) have different chemo-sensitivities in children. Leukemic cells from birth may require more specific and less intensive drugs than adult patients.


At this point, I feel that it is important to point out the difference between "stem cells" and what is popularly termed "cancer stem cells".

Stem cells are cells which exist in the body and are responsible for continuous maintenance of the body and a controlled replacement of our cells and tissues. The stem cells are known to be "relatively immortal" (ie they live a far longer lifespan than our normal cells, which may die after 7-90days) and are key to our existence and survival of our blood and immune systems etc.

Cancer stem cells however, are like other cancers -cells gone wrong- except that the cell that has gone wrong is the stem cell. Hence, the cancer stem cell does not make other tissues and does not replace cells like it should. It merely makes more of itself, which isn't useful under the normal circumstances.


So, a pertinent question to ask is how do you know a stem cell from a cancer stem cell? Well, Prof Enver believes that there is a lot of talk about "markers" for stem cells, but there is no doubt that these markers have a long way to go in being defined and that the best way to know is to conduct functional studies (ie, to see how the cells really work in real life).


REAL LIFE SCENARIO

A pair of very beautiful twin girls from Bromley a city in Kent, were the subjects of the study. According to the news story, which was reported in January this year, Olivia Murphy developed acute lymphoblastic leukemia (ALL) when she was 2 years old, while her twin sister Isabella remained healthy. I'm not exactly sure how the case came to Prof. Enver's attention at the MRC (I wanted to ask him but didn't get a chance) but he and his group ended up researching why one of the twins developed the disease while the other remained healthy. Prof. Enver's team elucidated that both twins carried a gene that pre-disposes them to developing the ALL, but while Isabella only had one hit to her gene, Olivia had two hits which resulted in cancer development (cancer usually results from several mutations to certain genes which allow the cells to grow uncontrollably).

They proved to be the perfect research subjects to understand if genetics had a pivotal role in the stem cells, which could already be susceptible to chance changes after birth. The aim of the research, was to discover where the point of change was that resulted in the cancer, and whether it would be possible to design a method to protect the susceptible genes (prevention) or necessary drugs which would target the cancer cells.

There was a more detailed write up which describes how the twin's parents brought Olivia in for fever which the doctors had then thought was tonisilitis. The parents insisted on a blood test and were given the ALL diagnosis. Fortunately, Olivia's cancer responded well to the chemotherapy and was a success, but not without side effects.

The chemotherapy was so strong that her immune system was damaged and she suffered six attacks of shingles (chicken pox relative) which infected her eye and blinded it. In the course of research, Prof. Enver's team took regular samples of both the girls' blood and the doctors will screen Isabella regularly to monitor any signs of the 'second hit'.


OPTIMISM FOR TARGETING PRE-CANCER CELLS

According to Prof. Enver, as the total cancer relies on less than one per cent of the cancer generating cells to maintain the disease, this offers a unique opportunity to develop better drugs to kill off this one per cent of cells. He was quoted saying that there could be a day where the prevention of leukemia would be possible as the pre-leukemia cells could be eliminated at the source, potentially curing 90% of the cases detected.

However, no medical procedure is risk free and the strong chemotherapy may result in the death of 1-2% of cases treated. And for those couples with identical twins, you might like to know that nine out of ten children who have an identical twin with leukemia do not develop the disease.

That means that Isabella's chances of staying cancer free remains pretty high. :)