Sumber Sel Stem penderma bukan adik-beradik?
Hospital selain dari PPUM yang boleh membuat pemindahan sel stem?
Kos pemindahan sel stem dan kos pendermaan sel stem?
Assalamualaikum WBK,
Salam Sejahtera kepada rakan-rakan saya sekelian, ibu-bapa, bakal ibu-bapa, pengunjung dan pembaca blog ini.
Kali ini Saya ingin menjawab beberapa soalan yang ditujukan oleh pembaca blog ini.
Pembaca juga boleh menghubungi Persatuan Thalassaemia di malaysiathalassaemia@yahoo.com dan melayari laman web mereka di www.tam.org.my.
Jika Doktor anda telah memutuskan untuk melakukan transplant/pemindahan sel stem menggunakan sel stem yang boleh didapati dari darah tali pusat atau pun dari penderma dewasa (sel stem sum-sum tulang yang mengalir melalui saluran darah) atau terus dari tulang (sel stem sum-sum tulang), pihak Hospital patut boleh membantu mengusahakanya. Mereka boleh berhubung dengan Pusat Darah Negara (PDN) Malaysia. PDN memang ada menyimpan sel stem darah tali pusat, masaalahnya adalah untuk mendapatkan sel stem yang sepadan atau serasi dengan anak anda. Kebarangkalian mendapatkan sumber yang sepadan adalah agak rendah. Ada yang menganggarkan sekadar 1 dalam 20 hingga 30 puloh ribu keatas (kurang dari 1 peratus).
Selain dari itu, pihak hospital patut boleh membantu mencari dari bank-bank sel stem kerajaan atau NGO luar negara. Sekali lagi masaalahnya adalah dalam mencari sel stem yang sepadan/serasi dengan pesakit.
Pembaca juga boleh berhubung dengan pihak Pusat Terapi Sel Stem Hospital UKM. Baru-baru ini Pakar Perunding Kanan Hematologi HUKM Profesor Doktor S. Fadilah Abdul Majid telah ditemuramah oleh Bernama TV. Beliau telah menerangkan bahawa HUKM ada menyimpan sel stem sum-sum tulang sumbernya dari saluran darah. Beliau juga telah menerangkan bahawa kebarangkalian untuk mendapatkan penderma bukan adik-beradik, yang serasi/sepadan dari sumber ini adalah 20 hinga 30 peratus.
Setakat yang saya lihat dalam Laporan Transplant Kebangsaan Malaysia, Hospital yang pernah melakukan transplant/pemindahan sel stem termasuk Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital UKM. Bagi hospital swasta pula saya difahamkan adalah Gleneagles Medical Centre Pulau Pinang, Lam Wah Ee Hospital Pulau Pinang, Sime Darby Medical Center Subang, dan Ampang Puteri KL.
Hospital-hospital ini pernah melakukan pemindahan sel stem. Pembaca perlu bertanya sama ada kesemuanya masih ada pakar yang berkhidmat dan mampu melakukanya. Apa yang berlainan adalah jenis penyakit yang dirawat. Ada yang pakar dalam penyakit dewasa dan ada yang pakar penyakit kanak-kanak. Ada juga yang pakar Talasemia dan ada pula yang pakar Lukimia.
Kosnya juga berbeza dan terpulang kepada jenis penyakit dan jenis rawatan. Apa yang telah diterbitkan adalah sekitar RM60,000 bagi Pusat Perubatan Universiti Malaya. Harga untuk mendapatkan sel stem darah tali pusat dari luar Negara adalah sekitar RM100,000.
Sekian buat masa ini.. Wslm.
Friday, June 19, 2009
Pemindahan/Transplantasi Sel Stem - Hospital, Kos dan Sumbernya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
saya nak bertanya, bolehkah seorang wanita pengidap major talasemia menggunakan sel stem dari bayinya sendiri untuk rawatan dirinya?
soalan kedua, pesakit major talasemia yang menjalani transfusi darah setiap bulan dan mengambil pil membuang iron setiap hari. bagaimana dengan jangka hayat mereke? bolehkah mereke hidup sehingga tua?
Salam,
Soalan anda lebih tepat jika dijawab oleh pakar yang sedang merawat anda. Tetapi, pada pendapat saya, dengan rawatan/penjagaan yang terkini dan rapi, kualiti hidup pesakit mampu ditingkatkan. Pesakit perlu berusaha dan berdoa.
Kaedah rawatan terpulang kepada keadaan pesakit. Untuk menggunakan sel stem bayi, apa yang penting adalah: jumlah sel stem darah tali pusat bayi perlu mencukupi untuk pesakit; sel stem bayi perlu sepadan/serasi dengan pesakit; sel stem bayi pula perlu bebas penyakit.
Wslm.
A'kum, sy berusia 19 tahun dan menghidap penyakit gastric lymphorma B-type cell stage-4 dan mengetahuinya pada tahun lepas.. Doktor ada mencadangkan sy utk membuat bone marrow transplant tapi sehingga kini saya masih berdiam diri. Ini kerana saya takut dengan pelbagai perkara berkaitan transplant ini. Boleh anda terangkan kaedah,risiko & kesan ke atas pemindahan tulang sumsum ini?
Adakah perlu sy melakukannya atau hanya berserah sahaja ?
Asmkm,
Tidak salah jika anda mendapatkan nasihat daripada pakar yang berlainan.
Nasihat Saya adalah anda perlu berusaha.
Sila datang ke pejabat saya supaya saya dapat memberi pendapat yang lebih mendalam dan hubungi Saya di pejabat 03-21638800 untuk membuat temujanji.
Sekian
Zahrein
Salam Puan Ana,
Kebarangkalian padanan/matching HLA untuk 2 orang yang bukan bertalian keluarga terdekat(iaitu bukan adik-beradik)amatlah rendah-sekitar satu dalam dua puloh ribu orang hingga satu dalam lima puloh ribu orang, iaitu jauh kurang dari satu peratus. Agak sukar.
Jika Puan hendak mencuba juga, Puan perlu jumpa Doktor yang sedang merawat pesakit itu dan berikan cadangan Puan. Jika Doktor ingin juga mencuba, dia perlu mengambil darah dari anak Puan dan membuat ujian HLA. Harga ujian darah HLa di pusat perubatan adalah sekitar RM900 seorang. Jika HLA anak Puan sama dengan HLA pesakit barulah Doktor mungkin akan menggunakkan sel stem anak Puan.
Jika HLA sepadan/sama dan Setelah Doktor membuat keputusan untuk menggunakkan sel stem anak Puan, Doktor dan Puan perlu menghantar surat kepada kami dan menghubungi kami untuk membuat persiapan selanjutnya.
Sila hantarkan info Puan supaya saya dapat hubungi Puan untuk memberikan keterangan lebih mendalam.
Wslm
Post a Comment