Monday, May 11, 2009

Rawatan Sel Stem Penyakit Talasemia di Malaysia

Bolehkah Rawatan Sel Stem untuk Penyakit Talasemia didapati di Malaysia?

Berapakah Kos Rawatanya?

Jawapan Profesor Doktor Aw Tar Choon ........
..............Sudah ada di Malaysia................RM60,000+


Assalamualaikum WBK,

Salam Sejahtera kepada rakan-rakan saya sekelian, ibu-bapa, bakal ibu-bapa, pengunjung dan pembaca blog ini.

Kali ini Saya ingin menterjemahkan jawapan kepada soalan pembaca blog ini, daripada Profesor Doktor Aw Tar Choon, Profesor dan Doktor Pakar dalam bidang Perubatan Dalaman serta Pakar Patologi.


1. Transplantasi atau Rawatan mengunakan Sel Stem sum-sum tulang untuk penyakit Talasemia major telah dilakukan untuk kali pertama di dunia pada tahun 1981.

2. Kali Pertama Rawatan mengunakan Sel Stem sum-sum tulang di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Malaysia, adalah pada tahun 1987.

3. Kali Pertama Rawatan mengunakan Sel Stem Darah Tali Pusat di Thailand adalah pada tahun 1995.

4. Kali Pertama Rawatan mengunakan Sel Stem Darah Tali Pusat di Malaysia adalah pada tahun 1997.

5. Kini Rawatan ini boleh dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Besar Kuala Lumpur serta beberapa Hospital Swasta.

6. Empat (4) pelanggan StemLife Berhad telah berjaya mengunakkan Darah Tali Pusat dan lebih Seratus Lima Puloh (150+) pelanggan Dewasa kami telah mengunakkan Sel Stem Dewasa mereka.

7. Antara empat (4) pelanggan itu, dua (2) adalah untuk penyakit Lukemia dan dua (2) lagi untuk penyakit Talasemia. Rawatan Lukemia pertama pelanggan StemLife telah dilakukan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 2004 dan yang kedua pada tahun 2007 di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rawatan Talasemia pelanggan StemLife adalah pada tahun 2005 dan 2008 di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

8. Sepertimana dilapurkan dalam akhbar-akhbar tempatan bagi kes-kes yang tertentu, anggaran Kos untuk pesakit bayaran penuh di Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah RM60,000 dan di Hospital Swasta pula kosnya telah dilapurkan sekitar RM200,000.

Sekian buat masa ini......Wslm..WBK

9 comments:

Anonymous said...

saya nak bertanya samaada hospital kerajaan biasa sudah ada rawatan sel stem utk penyakit talasemia atau tidak. harap dapat membantu. terima kasih.

Zahrein MSc said...

Assalamualaikum,

Hospital Kerajaan memang sudah ada rawatan untuk penyakit Talasemia. Sila hubungi beberapa Hospital ini untuk mendapatkan penjelasan mendalam: di Hospital Besar Kuala Lumpur atau Pusat Perubatan Universiti Malaya, atau Hospital Besar Ampang, atau Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sekian.

Anonymous said...

Salam,

Bulan lepas saya ada pergi ke pusat darah negara bertanyakan tentang rawatan penyakit talasemia.

Betul ke talasemia ada 2 jenis, talasemia yang disebabkan penyakit dan lagi satu genetik keturunan?

Dan betul ke hanya talasemia yang disebabkan penyakit boleh dirawat dengan teknologi stem sel dan tidak bagi talasemia genetik?

Zahrein MSc said...

Salam,

Agak sukar untuk memberi nasihat sebegini tanpa maklumat mendalam tentang keperluan anda. Saya bukan doktor pakar hematologi. Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar dalam bidang hematologi untuk mendapatkan nasihat terperinci tentang keperluan/keadaan anda.

Jika anda layari laman web yang sedia ada, Talasemia adalah penyakit keturunan genetik yang menyebabkan kepincangan dalam sistem darah merah dan sistem pengangkutan oksigen dalam badan.

Pakar-pakar telah berjaya merawat Talasemia mengunakkan sel stem. Ianya terpulang kepada keadaan pesakit (sudah lewat dan sudah timbul masaalah lain) samaada rawatan sel stem boleh membantu atau tidak, dan juga sel stem dari sumber mana yang mungkin paling berkesan.

Apa yang mungkin diterangkan kepada anda adalah masaalah berkaitan kekurangan atau kerosakan sistem darah. Dengan berlakunya ini maka boleh berlakunya kekurangan/kerosakan sistem pengangkutan oksigen dalam badan. Ini boleh membawa kepada kemudaratan sistem-sistem badan lain.

Ada banyak jenis masaalah kekurangan/kerosakan darah seperti Anemia. Dalam pada itu ada beberapa jenis Anemia. Ada yang bukan masaalah genetik dan ada yang berpunca dari masaalah genetik.


Saya harap saya telah dapat membantu.

WSKM

Anonymous said...

terima kasih en zahrein. nanti saya akan usahakan.

Anonymous said...

Salam,

sedikit background dari saya.. Anak saya penghidap Beta-thalassaemia major dan sekarang menjalani rawatan di HKL setiap bulan. Umur 14 bulan dan telah menjalani pemindahan darah sebanyak 12 kali.

soalan saya..

1. sekiranya saya nak dapatkan penderma (bukan adik-beradik) sel stem bagaimana caranya?
2. Hospital selain dari PPUM yg boleh buat pemindahan sel stem (sebab HKL tak buat)?
3. Kos pembedahan termasuk kos untuk mencari penderma (sel stem)?

saiful

Zahrein MSc said...

Salam Saiful,

Jika anda ingin menujukan soalan dan mendapatkan jawapan dengan cara yang lebih confidential, anda boleh menghantarkan e-mail kepada saya di info@stemlife.com.

Pembaca juga boleh menghubungi Persatuan Thalassaemia di malaysiathalassaemia@yahoo.com dan melayari laman web mereka di www.tam.org.my.

Jika Doktor anda telah memutuskan untuk melakukan transplant/pemindahan sel stem menggunakan sel stem yang boleh didapati dari darah tali pusat atau pun dari penderma dewasa (sel stem sum-sum tulang yang mengalir melalui saluran darah) atau terus dari tulang (sel stem sum-sum tulang), pihak Hospital patut boleh membantu mengusahakanya. Mereka boleh berhubung dengan Pusat Darah Negara (PDN) Malaysia. PDN memang ada menyimpan sel stem darah tali pusat, masaalahnya adalah untuk mendapatkan sel stem yang sepadan atau serasi dengan anak anda. Kebarangkalian mendapatkan sumber yang sepadan adalah agak rendah. Ada yang menganggarkan sekadar 1 dalam 20 hingga 30 puloh ribu keatas (kurang dari 1 peratus).

Selain dari itu, pihak hospital patut boleh membantu mencari dari bank-bank sel stem kerajaan atau NGO luar negara. Sekali lagi masaalahnya adalah dalam mencari sel stem yang sepadan/serasi dengan pesakit.

Pembaca juga boleh berhubung dengan pihak Pusat Terapi Sel Stem Hospital UKM. Baru-baru ini Pakar Perunding Kanan Hematologi HUKM Profesor Doktor S. Fadilah Abdul Majid telah ditemuramah oleh Bernama TV. Beliau telah menerangkan bahawa HUKM ada menyimpan sel stem sum-sum tulang sumbernya dari saluran darah. Beliau juga telah menerangkan bahawa kebarangkalian untuk mendapatkan penderma bukan adik-beradik, yang serasi/sepadan dari sumber ini adalah 20 hinga 30 peratus.

Setakat yang saya lihat dalam Laporan Transplant Kebangsaan Malaysia, Hospital yang pernah melakukan transplant/pemindahan sel stem termasuk Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital UKM. Bagi hospital swasta pula saya difahamkan adalah Gleneagles Medical Centre Pulau Pinang, Lam Wah Ee Hospital Pulau Pinang, Sime Darby Medical Center Subang, dan Ampang Puteri KL.

Hospital-hospital ini pernah melakukan pemindahan sel stem. Pembaca perlu bertanya sama ada kesemuanya masih ada pakar yang berkhidmat dan mampu melakukanya. Apa yang berlainan adalah jenis penyakit yang dirawat. Ada yang pakar dalam penyakit dewasa dan ada yang pakar penyakit kanak-kanak. Ada juga yang pakar Talasemia dan ada pula yang pakar Lukimia.

Kosnya juga berbeza dan terpulang kepada jenis penyakit dan jenis rawatan. Apa yang telah diterbitkan adalah sekitar RM60,000 bagi Pusat Perubatan Universiti Malaya. Harga untuk mendapatkan sel stem darah tali pusat dari luar Negara adalah sekitar RM100,000.

Sekian buat masa ini.. Wslm.

Zahrein MSc said...

Asslmkm,

Tuan/Puan perlu tegas bertanya pada Doktor yang merawat anak Tuan. Apakah penyakit dan apakah kaedah rawatan? Jika Tuan/Puan tidak puas hati dengan jawapan dan perkhidmatan yang diberi agak perlahan dan tidak profesional, masih ramai lagi pakar doktor/hospital yang boleh menolong Tuan/Puan. Sila hubungi saya di info@stemlife.com atau +60321638800 untuk nasihat yang lebih mendalam.

Sekian Wslm
Zahrein

Zahrein MSc said...

Salam Ide,

Darah Tali Pusat yang diperolehi dari pesakit Thal Major tidak boleh digunakkan untuk menolong dalam penyakit Thal Major.

Sila hubungi saya di info@stemlife.com untuk nasihat yang lebih mendalam.


Sekian Wslm
Zahrein