Simpanan Sel Stem Darah Tali Pusat - Pilihan Bank Simpanan - Bank Swasta atau Bank Masyarakat Umum?
Jawapan dari AABB.......Ada Dua konsep perkhidmatan!
Assalamualaikum WBK,
Salam Sejahtera kepada rakan-rakan saya sekelian, ibu-bapa, bakal ibu-bapa, pengunjung dan pembaca blog ini. Kepada pembaca dari beberapa syarikat tertentu, janganlah cetak rompak atikel ini ya!
Kali ini Saya akan menterjemahkan beberapa lagi jawapan kepada soalan popular (FAQ) yang diterbitkan di laman web Persatuan Bank Darah Amerika (American Association of Blood Banks – AABB www.aabb.org). Ini adalah hanya sebahagian dari soalan-soalan yang dijawab. Saya akan cuba menterjemahkan soalan-soalan yang lain jika masa mengizinkan, Insyallah.
Adakah semua Bank Darah Tali Pusat Sama?
Tidak. Terdapat dua kategori perkhidmatan Bank Darah Tali Pusat (DTP) iaitu Bank Swasta dan Bank Masyarakat Umum (Bank Kerajaan atau Bank NGO). Ada Bank yang menawarkan kedua-dua perkhidmatan sekali gus, tetapi DTP yang disimpan didedikasikan kepada satu jenis kegunaan sahaja. Untuk menerima perkhidmatan dari Bank-Bank itu, Ibu perlu memberikan kebenaran. Perbezaan antara Bank-Bank adalah dari segi ujian, dimana ujian yang dilakukan kepada Ibu dan DTP mungkin berlainan dan terpulang kepada jenis Bank. Organisasi Pentadbiran Pemakanan dan Ubatan USA (The Food and Drug Administration - FDA), yang mengawal industri ini di USA memerlukan supaya kedua-dua jenis Bank, Swasta dan Umum, didaftarkan dengan FDA.
Apakah itu Bank Darah Tali Pusat Masyarakat Umum?
Bank DTP Masyarakat Umum memproses dan menyimpan DTP yang telah diderma oleh masyarakat untuk kegunaan masyarakat umum. Bank Umum menghadkan jumlah DTP minima (dan jumlah sel minima) yang diterima. Had minima ini ditetapkan berdasarkan kepada jumlah yang mungkin mencukupi untuk pesakit yang memerlukan transpantasi. DTP yang tidak memenuhi tahap minima akan dibuang atau akan digunakkan dalam penyelidikan (ini tertakluk dan memerlukan kebenaran dari Ibu). Beberapa Bank Umum mendapati bahawa lebih kurang satu pertiga hingga ke tiga suku dari DTP yang diterimanya tidak mencukupi untuk digunakan dalam transplantasi diatas sebab-sebab tertentu. Oleh kerana ia mungkin bertahun lamanya sebelum DTP itu digunakkan untuk transplantasi, sejarah perubatan keluarga penderma perlu diselidik dan ujian yang terperinci akan dilakukan keatas Ibu. Sejarah keluarga perlu diselidik untuk mengurangkan risiko pesakit terdedah dan dijangkiti penyakit genetik yang mungkin dibawa dalam DTP tersebut. Sampel darah diperlukan dari Ibu dan DTP untuk beberapa ujian, termasuk ujian penyakit berjangkit dan kontaminasi Bakteria. Kesemua maklumat mengenai keluarga yang menderma DTP ini akan disimpan rapi dan dirahsiakan.
Setiap orang mempunyai jenis tisu atau jenis Antijen Lukosit Manusia (Human Leucocyte Antigen - HLA) yang berbeza dan unik. Setiap DTP yang diderma juga adalah kombinasi unik dari ibu dan bapa penderma. Setiap DTP yang diderma akan diuji jenis HLA nya. kandungan selnya juga diselidik. Maklumat ini akan dimasukkan kedalam pengkalan data supaya pakar-pakar dapat mencari DTP yang sepadan apabila mana-mana pesakit memerlukan dermaan DTP. DTP yang disimpan Bank Masyarakat Umum sedia digunakkan oleh sesiapa yang memerlukanya dan bukanya disimpan khas untuk penderma atau pun keluarga penderma. Bank DTP Masyarakat Umum tidak mengenakan apa-apa bayaran/Fi kepada penderma. Tetapi Bank-Bank ini membiayai semula kos mereka dengan mengenakan bayaran/Fi kepada pesakit (atau insuran pesakit) apabila pesakit mengunakkan DTP yang disimpan. Malangnya, bukan semua Hospital dapat berganding bahu dengan Bank DTP Masyarakat Umum, jadi bukanya semua Ibu yang ingin menderma akan dapat mendermakan DTP mereka.
Kongres USA telah meluluskan rang undang-undang yang memulakan dana untuk membina program simpanan DTP Nasional bagi Masyarakat Umum. Salah satu tujuan rang undang-undang ini adalah untuk menambahkan jumlah dan jenis DTP yang sedia ada untuk Masyarakat Umum. Masyarakat minoriti pula kurang bilanganya dalam program ini. Jadi, pesakit dari masyarakat minoriti mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan DTP yang sepadan denganya.
Apakah itu Bank DTP Swasta?
Bank DTP swasta memproses dan menyimpan DTP khusus untuk kegunaan pelanggan dan keluarga pelanggan. Oleh kerana Bank DTP swasta tidak bekerjasama khusus dengan mana-mana satu Hospital, ibu-ibu akan deberikan kotak koleksi DTP untuk diberikan kepada Doktor pakar pada hari kelahiran bayi. Kotak koleksi sudah sedia mengandungi beg koleksi, pelekat nama, dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk koleksi dan penghantaran DTP ke makmal pemprosesan. Ibu-Bapa akan membayar Fi permulaan untuk pemprosesan dan juga seringkali Fi simpanan tahunan. Maklumat terperinci mengenai perkhidmatan ini termasuk pengangkutan, tanggungjawab penghantaran, tanggungjawab keatas DTP dan isu kegagalan perkhidmatan perlu dijelaskan dalam kontrak antara pelanggan dan Bank. Oleh kerana DTP disimpan khusus untuk kegunaan keluarga sendiri, maka ujian pelanggan, ujian jenis tisu dan ujian-ujian lain mungkin ada atau mungkin tidak dilakukan. Polisi yang diamalkan mungkin berlainan antara Bank-Bank Swasta. Adalah penting untuk diketahui bahawa DTP yang disimpan dalam Bank Swasta tidak boleh didermakan dan digunakkan oleh Masyarakat Umum melainkan kesemua syarat-syarat dipatuhi seperti mendapatkan kebenaran pelanggan (Ibu), ujian umum, ujian penyakit berjangkit, dan ujian jenis tisu. Bank DTP perlu menyediakan lapuran yang mengandungi maklumat makmal untuk setiap ujian dan juga perlu memberi penjelasan dan intepretasi keputusan ujian.
Sekian buat masa ini......Wslm..WBK
Friday, May 01, 2009
Sel Stem Darah Tali Pusat - Bank Swasta atau Bank Umum?
Labels:
AABB,
banking,
cord blood,
cord blood banking,
public banks
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment