Assalamualaikum WBK,
Salam Sejahtera kepada rakan-rakan saya sekelian, ibu-bapa, bakal ibu-bapa, pengunjung/pembaca blog ini.
Kebelakangan ini Menteri Kesihatan Malaysia Y.B. Dato’ Liow Tiong Lai telah melawat premis kami di Wisma Perintis untuk melihat sendiri operasi pengambilan sel stem dewasa StemLife serta untuk memahami dengan lebih mendalam lagi status penggunaan sel stem dewasa dalam bidang kepakaran penyakit jantung, barah darah, dan kecederaan sendi serta mendapat penjelasan mengenai projek-projek penyelidikan yang giat dijalankan di seluruh dunia.
Beliau telah menekankan komitmen Kerajaan dalam mengunakkan teknologi sel stem dalam bidang perubatan di Malaysia. Pada pendapat saya, ini adalah kerana fakta-fakta adalah jelas sekali tentang potensi sel stem dalam menolong pakar-pakar perubatan menangani beberapa penyakit yang setakat ini amat sukar ditangani. Ini sekaligus meningkatkan kebolehan pakar-pakar Negara supaya tidak ketinggalan zaman.
Seperti yang disiarkan akhbar-akhbar tempatan, Kerajaan menyokong bidang penyelidikan sel stem. Kabinet telah membuat peruntukkan lebih RM32juta untuk mengembangkan dan mengukuhkan aktiviti perbankan sel stem. RM5.86juta untuk memulakan makmal transplantasi sel stem di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). RM18.87juta untuk mengembangkan kemudahan simpanan sel stem darah tali pusat di Pusat Darah Negara dan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Kerajaan juga telah memperuntukan RM5.57juta untuk mengukuhkan perkhidmatan transplantasi sel stem dan sum-sum tulang di Hospital Ampang. Ini diharapkan akan meningkatkan jumlah simpanan beg sel stem darah tali pusat dan mengukuhkan tahap kemudahan perbankan kerajaan. Kami berharap pihak Kerajaan akan menyediakan peruntukan yang lebih dimasa akan datang supaya fasiliti dan kemudahan tempatan dapat bertanding diarena antarabangsa.
Ramai mungkin telah membaca akhbar-akhbar tempatan dan luar negara yang sering menerbitkan kes-kes rayuan pesakit untuk mencari penderma sel stem dan juga dermaan kewangan yang diperlukan dalam masa yang suntuk dan keadaan tertekan. Mengapakah ini boleh berlaku jika stok simpanan sel stem bank darah dalam dan luar negara mencukupi? Besar kemungkinan memang stoknya tidak mencukupi dan juga agak sukar bagi seorang pesakit untuk mendapatkan sel stem yang sepadan dengan sistem darah pesakit itu sendiri. Anggaran kebarangkalian mendapatkan penderma sel stem adalah satu (1) dalam dua puluh ribu (20,000) dan kebawah. Ini bermakna, jika saya memerlukan sel stem, terpaksalah saya mempelawa 20,000 rakan untuk diuji dan mungkin hanya 1 akan sepadan dan boleh menderma. Kemungkinan mendapatkan penderma bukanlah rendah sangat, tetapi, ia mungkin akan mengambil masa yang agak lama jika tiada simpanan sendiri. Ini seakan ”Sindrom Waiting List”.
Sepertimana kita boleh lihat dalam industri perubatan Malaysia, inisiatif swasta boleh dan perlu diusahakan seiring dengan inisiatif Kerajaan. Ini jelas dilihat dimana terdapat kewujudan Hospital Kerajaan dan Hospital Swasta, Doktor Kerajaan dan juga ramai lagi Doktor Swasta. Sudah terbukti di seluruh dunia kewujudan Bank Sel Stem Kerajaan/NGO boleh wujud seiring Bank Sel Stem Swasta malah beberapa bank Kerajaan/NGO dan Bank Swasta di UK telah berjaya berganding bahu untuk menawarkan perkhidmatan menyeluruh supaya warganegara dapat memilih perkhidmatan yang memenuhi kehendak mereka.
Bank Sel Stem darah tali pusat telah mula beroperasi di dunia mulai awal tahun ’90an. Bank-bank di Singapura, Taiwan, Korea, Jepun, Hong Kong sudah beroperasi lebih 10 tahun. Setakat ini terdapat anggaran 150 bank-bank darah tali pusat Kerajaan, NGO dan Swasta di dunia. Anda boleh layari laman web www.parentsguidecordblood.com untuk mendapatkan senarai bank-bank swasta dan Kerajaan/NGO. Negara-negara yang tidak membenarkan operasi bank sel stem swasta hanya segelintir sahaja. Kebanyakkan negara-negara besar di dunia seperti Amerika Syarikat, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Australia, New Zealand dan kebanyakkan Negara Asia membenarkan malah menyediakan polisi, akta-akta, garispanduan dan piawaian supaya bank-bank in dapat berkembang serta menyumbang kepada Ekonomi Negara sambil meningkatkan tahap penyelidikan sel stem di negara masing-masing.
Dalam Tanahair pula, apa status nya? Bank sel stem StemLife telah beroperasi semenjak tahun 2001. Kami telah dijemput oleh ’Multimedia Development Coorporation’(MDC) untuk membuka makmal simpanan kami di Cyberjaya dan diberi status MSC. Makmal kami mula beroperasi di Cyberjaya di bangunan MDC iaitu ’Center for Health Innovation & Medical Enterprises’ (CHIME) yang dirasmikan oleh YB Tun Perdana Menteri pada tahun 2002. Bank sel stem Kerajaan di Pusat Darah Negara juga telah dibuka disekitar tahun-tahun yang berdekatan. Kali pertama Sel Stem dewasa/sum-sum tulang telah digunakkan dalam perubatan di hospital Tanahair adalah pada tahun 1987. Sel Stem darah tali pusat pula mula digunakkan di hospital tempatan pada tahun 1997. Setakat tahun 2006, Registry Transplantasi Kebangsaan telah mencatatkan 1,174 kes kegunaan sel stem yang dilaporkan oleh hospital-hospital tempatan Kerajaan dan swasta.
Pada tahun 2006, StemLife telah berjaya disenaraikan di bursa saham BSKL dibawah MESDAQ dan disenaraikan sebagai Stok Syariah. Pada tahun itu juga Jawatankuasa Etika Penyelidikan dibawah naungan KKM dan MOSTI telah mengeluarkan ’Garispanduan Penyelidikan Sel Stem’. Garispanduan ini juga menyatakan hasrat Kerajaan untuk menyokong dan mengembangkan penyelidikan sel stem dalam Negara.
Setelah terbukti kejayaan StemLife, beberapa lagi bank swasta sel stem telah mula beroperasi termasuk pembekal sel stem haiwan. Ramai yang mula membuat kenyataan dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai keberkesanan produk mereka. Dalam usaha untuk menjaga kepentingan pengguna/pesakit, pada bulan Mac tahun 2008, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mula mengeluarkan lesen dibawah Akta PHFS 1998 lalu menghadkan operasi kepada 4 bank sel stem darah tali pusat sahaja. Bersamaan dengan itu juga, KKM telah menerbitkan ’Piawaian Kebangsaan - Bank Darah Tali Pusat dan Transplantasi’.
Laporan juga menyatakan bahawa pihak KKM sedang dalam proses menyediakan ’Garispanduan Penyelidikan dan Terapi Sel Stem’ serta ’Piawaian Kebangsaan - Terapi Sel Stem’.
Pada masa akan datang, kami berpendapat Terapi Sel Stem akan menjadi salah satu dari Tiga teras perubatan setanding dengan bidang famasi dan bidang pembedahan. Sejarah perkembangan Kedua-dua bidang ini telah berkurun/berabad lamanya. Sesuatu ubat/prosedur pembedahan selalunya mengambil masa 10 tahun keatas untuk diselidik dan disahkan/diluluskan kegunaan dan keberkesananya. Sejarah bidang Sel Stem Dewasa/Sum-sum Tulang sudah dekat 50 tahun manakala Sel Stem Darah Tali Pusat dekat 20 tahun. Ini adalah jankamasa yang amat singkat kalau dibandingkan dengan bidang famasi. Tetapi, keberkesananya telah diiktiraf di seluruh dunia. Sekurang-kurangya 100,000 pesakit setahun menggunakkan sel stem di seluruh dunia.
Adakah statistik ini memberangsangkan? Sudah tentu. Bagi saya, jika saya berhadapan dengan statistik sedih penyakit kanser darah seperti Lukimia, sudah tentu saya akan berusaha dan merayu supaya pakar-pakar tempatan mencuba teknologi sel stem terkini yang diamalkan di luar negara dan bukan hanya mengesyorkan teknologi yang sudah lama diamalkan. Sampai bila hendak ketinggalan 20 tahun?
Monday, November 03, 2008
Bank Sel Stem sudah lama wujud dalam bidang perubatan!
Labels:
banking,
cord blood,
ethics,
leukemia,
malaysia,
research,
stem cell companies,
stem cell transplant,
StemLife
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam sejahtera..
saya mempunyai dua orang anak, seorang lelaki (12 years ) dan seorang perempuan ( 5 years ). Kedua-duanya telah disahkan mempunyai Thalassaemia ( intermediate ).
Sekarang, isteri saya sedang mengandung anak ketiga dan dijangka
lahir pada Feb 2009.
Soalan saya, adakah sel stem anak ketiga boleh memberi rawatan kepada abang dan kakaknya?
Sekian, terima kasih.
salam sejahtera,
Saya mempunyai dua orang anak, seorang lelaki (12 y) dan seorang perempuan( 5 y).Kedua-duaya mempunyai Thalassaemia (intermediate).
Isteri saya pula sedang mengandung anak ketiga.
Soalan saya, adakah sel stem jika diambil dari anak yang ketiga boleh memberi rawatan kepada kakak dan abangnya?
Sekiranya boleh, bagaimanakah prosesnya?
Terima kasih.
Asalamualaikum,
Salam dan semoga Sihat Sejahtera.
Terima Kasih diatas soalan Tuan.
Saya akan cuba menjawab di Blog ini.
Sila hantarkan nombor talipon Tuan kepada info@stemlife.com dan kami boleh menghubungi Tuan untuk berbincang dengan lebih mendalam.
Sekian buat masa ini......Wslm..WBK
Post a Comment