Sunday, May 18, 2008
Sel Stem Darah Tali Pusat Bayi - diiktiraf di seluruh Dunia!
Sel Stem Darah Tali Pusat Bayi - diiktiraf di seluruh Dunia!
Assalamualaikum WBK,
Salam Sejahtera kepada rakan-rakan saya sekelian, ibu-bapa, bakal ibu-bapa, pengunjung/pembaca blog ini.
Beberapa hari kebelakangan ini kami telah mengambil bahagian dalam program-program ceramah topik Sel Stem Darah Tali Pusat dan kegunaanya dalam menangani masaalah Leukemia dan Talasemia di beberapa lokasi yang telah dianjurkan oleh beberapa organisasi berwawasan sempena Hari Ibu yang diraikan beramai-ramai bulan ini.
Organisasi termasuk Bank Negara, Pusat Perubatan MUIP dan Sekolah Sri Ayesha. Ketiga-tiga telah mengundang kami sebagai Pakar Sel Stem kerana ingin mendapatkan penjelasan yang terkini. Para hadirin ketiga-tiga program ingin penjelasan mengenai pengiktirafan dan status perkhidmatan Sel Stem darah Tali Pusat. Bersama-sama kami di Bank Negara adalah Ratu Jazz Sheila Majid yang telah turut serta di majlis ini kerana beliau juga telah menyimpan Sel Stem Darah Tali Pusat anaknya Khalifah tahun lepas dan ingin mengumumkan kepada peminat beliau mengapa beliau telah memilih untuk menyimpan sel stem darah tali pusat anaknya.
Sudah tentu ramai di antara anda telahpun membaca dalam akhbar-akhbar tempatan tentang penggunaan Sel Stem Binatang untuk mengubati penyakit-penyakit yang sering dihidap zaman ini. Saya berpendapat jika adanya Sel Stem sendiri ataupun yang diderma oleh saudara lain, kita tidak perlu menggunakkan Sel Stem Binatang. Sudah tentu ia tidak menjadi pilihan saya. Kita sering mendengar tentang penyakit ’Bird Flu’, ’Jangkitan Nipah Virus’, ’JE’, dan ’Mad Cow Disease’ yang mungkin menjangkiti manusia dan ada yang telah membunuh ramai - adakah mungkin selamat penggunaan sel stem binatang? Saya masih was-was dan menasihati semua supaya berwaspada. Jika betul ada kajian yang membuktikan keselamatan, kesahihan, dan keberkesanan sel stem binatang digguna bagi manusia dan jika betul ia diiktiraf negara Eropah seperti UK, di USA atau di Australia barulah saya akan menimbangkan penggunaanya. Ini juga jika sudah betul kesesakan dan betul tiada pilihan lain dan juga jika tidak melanggar hukum syarak. Teknologi terkini amat canggih dan mampu memberikan pelbagai pilihan semulajadi seperti sel stem sendiri, buat masa ini dan juga di masa hadapan.
Sel Stem darah tali pusat dan sum-sum tulang yang diderma oleh sahabat kita atau disimpan masa bayi dilahirkan yang sering diggunakan oleh pakar-pakar perubatan telah pun mendapat perhatian dan penerimaan oleh pihak Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.
Penggunaan Sel Stem Darah Tali Pusat juga telah diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semenjak tahun 2002 lagi kerajaan telahpun mengiktiraf kepentingan sel stem darah tali pusat apabila Pusat Darah Negara telah memulakan perkhidmatan bank sel stem darah tali pusatnya di Pusat Darah Negara di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. PDN telah berganding bahu dengan Hospital Besar Kuala Lumpur dimana ibu-ibu yang bersalin di Hospital Besar KL boleh menderma darah tali pusat mereka kepada PDN.
Pada lewat tahun 2007, Menteri Kesihatan pada masa itu telah pun mengumumkan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan menambahkan saiz simpanan Sel Stem Darah Tali Pusat Kerajaan di Pusat Darah Negara dan juga membina bank sel stem darah tali pusat di Sg Petani, kedah. Menteri Kesihatan juga telah berjanji untuk meningkatkan perkhidmatan transplantasi sel stem di hospital-hospital Kerajaan tertentu. Pihak KKM juga telah mengiktiraf kewujudan Bank Sel Stem Darah Tali Pusat Swasta apabila telah melesenkan perkhidmatan StemLife Berhad di bawah Akta Perkhidmatan dan Fasiliti Perubatan Swasta 1998.
Terapi sel stem, transplantasi sel stem ataupun pemindahan sel stem telah mula diamalkan di Malaysia lebih dari 15 tahun yang lepas. Pusat perubatan Universiti-Universiti tempatan dan Hospital Kerajaan seperti Hospital Besar Kuala Lumpur sudah lama dan sering mengamalkan prosedur ini. Ianya masih belum kerap dilakukan atau diumumkan pihak media kerana masih ramai gagal mendapat bekalan sel stem.
Perangkaan dari NDMP-USA(Program Pendermaan Sum-Sum Tulang Nasional–USA) bagi tahun 2007 adalah lebih 6,000 pesakit mencari sel stem di bank-bank darah kerajaan USA setiap hari tetapi hanya 648 berjaya mendapatkan sel stem untuk menyelamatkan nyawa mereka. Setiap tahun sekurang-kurangnya 40,000 hingga 50,000 pesakit diseluruh dunia berjaya mendapatkan perkhidmatan pemindahan sel stem bagi penyakit-penyakit barah darah seperti Leukemia dan kepincangan sistem darah seperti Talasemia.
Kini, beberapa Kerajaan Negeri di Negeri-Negeri di bawah Negara USA telah pun menyarankan supaya doktor-doktor menasihati ibu-ibu tentang keggunaan sel stem darah tali pusat dan peluang sekali seumur hidup mereka. Peluang ibu-ibu untuk membuat pilihan samada menderma kepada bank darah Kerajaan untuk keggunaan umum atupun menyimpan di bank darah swasta untuk keggunaan keluarga sendiri.
20 tahun lepas, sel stem darah tali pusat hanya diggunakkan untuk menyelamatkan pesakit-pesakit bagi Satu penyakit. 10 tahun lepas, bilangan penyakit telah meningkat ke lebih kurang 10 penyakit. Kini, anggaran oleh Prof. Dr. Colin McGuckin dari Newcastle University adalah 85 penyakit dan jumlah penyakit akan makin meningkat.
Jadi, terapi sel stem darah tali pusat bayi bukanlah suatu prosedur amalan alternatif tetapi adalah prosedur biasa diamalkan dan diiktiraf pakar-pakar dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia.
Sekian buat masa ini......Wslm..WBK.
Labels:
banking,
cord blood,
ethics,
malaysia,
stem cell companies,
thalassemia
Wednesday, May 14, 2008
Launch of NOVUSSANGUIS
Today marks the launch of a new international research consortium called Novussanguis for cord blood and adult stem cells. Its founding members, Professor Colin McGuckin and the Jerome LeJeune Foundation plan to bring together key researchers to discuss and collaborate on the development of stem cells for clinical application.
The launch is held in Paris today and I'll provide some insights about it later on. Here's a snapshot of the launch program.
Labels:
adult stem cells,
conference,
cord blood,
StemLife
Subscribe to:
Posts (Atom)