Tuesday, March 25, 2008

StemLife Berhad Pakar Sel Stem Darah Tali Pusat dalam Program NONA TV3


Sel Stem Darah Tali Pusat, Sel Stem Sum-Sum Tulang, Sel Stem Embrio, Transplantasi Sel Stem, Transplantasi Sum-Sum Tulang, Leukemia, Talasemia, Limfoma, Simpanan Krio, Bank Sel Stem Darah Tali Pusat – Apakah maknanya semua ini?, Apakah kepentingnya? Apakah perbezaan diantara kesemuanya?

Assalamualaikum WBK,

Salam Sejahtera kepada rakan-rakan saya sekelian, ibu-bapa, bakal ibu-bapa, pengunjung/pembaca blog ini.

Pelbagai atikel, rencana, dan pendapat telah dan sentiasa diterbitkan dalam akhbar-akhbar serta majalah-majalah tempatan, antarabangsa serta laman web-laman web seluruh dunia. Jumlahnya memang tidak terkira. Ramai pembaca akan mengalami perasaan buta huruf dan kadang-kadang tersesat dalam kegelapan kerana terlalu banyak pencapaian yang dihebohkan, pendapat yang berbeza, serta kontroversi yang tidak dijelaskan. Banyak atikel-atikel ini juga agak teknikal dan saintifik tanpa mengesyorkan bagaimana teknologi ini dapat memberi manfaat kepada kami di Malaysia buat masa ini mahupun masa hadapan.

Saya akan cuba untuk memberi pendapat saya dari seorang pengamal sains dan akan cuba menterjemahkan atikel-atikel serta isu-isu yang tidak begitu rumit tetapi sentiasa lebih rumit dari yang sebenarnya.

Atikel-atikel yang telah diterbitkan di akhbar-akhbar tempatan serta seluruh dunia akan diteliti. Saya juga akan cuba menterjemahkan mesej-mesej dalam laman web-laman web antarabangsa seperti parentsguide.com dan banyak lagi.

Sebagai permulaan blog ini, saya ingin menjemput anda untuk menonton program NONA dari TV3 pada 23hb Mac 2008:



Nona TV3



Saya harap program ini dapat memberi anda sedikit latarbelakang tentang topik ini dan akan membolehkan Saya meneliti topik-topik yang lebih teknikal pada masa yang akan datang.



Sekian buat masa ini.. Wslm.

No comments: